Thursday, 7 March 2013

Bahagianya Hidup Dalam Kedamaian



Aku, sebagai remaja yang baru awal melangkah ke rimba dunia yang luas, yang baru belajar mengenal makna semak samun alam, yang baru cuba mencantas dahan-dahan agar membentuk lorong kepada hujung matlamat penciptaan pasti tidak dapat lari daripada terluka dan tercalar dengan hirisan tajam ranting-ranting yang menghalang. Tidak dapat tidak, pasti akan terseliuh kaki akibat terleka memijak tanah rapuh, lantas membuatkan diri ini terduduk sebentar sambil mengerang pedih.

Sungguh. Aku cuma manusia biasa yang tersimpan cita-cita besar. Namun masih bertatih perlahan. Masih tangan meraba memaut dinding sebagai sokongan.

Namun cukup kuatkah Aku? Cukup bersihkah kehidupan aku untuk dijadikan mahar cintaNya?Sudah cukupkah piawaian 'ibadah aku?

Cinta, takut, rindu, sayang, kasih..Semuanya hanya untuk Allah.

Bimbang. Takut. Jika belum selesai itu, maka sia-sia sahaja setiap detik dan nafas aku. Apa nilainya hidup jika hanya hebat di mata manusia tetapi KOSONG dalam nilaian Allah?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Jihad melawan hawa nafsu. Sabar dalam merempuh dunia yang mencabar.


Sungguh. Bersihkan hati ini Ya Allah!
                                                                                 
Benar. Aku perlu serius dalam dua perkara:



1)noktah bidayah yang soheh (titik permulaan yang benar)
2)ru'yatul wadheehah (pandangan yang jelas)

Aku perlu lebih berhati-hati dalam melangkah. Sungguh. Bahagianya hidup dalam iman.. Tenangnya apabila yakin kita punya Sang Maha Mendengar..Indahnya apabila kita percaya kita tidak akan dibiarkan..

Iman sama ertinya dengan kedamaian


Doakan aku teman-teman....

No comments:

Post a Comment