Thursday, 21 March 2013

Cara Mendapat Kebahagiaan Dunia dan Akhirat




Bersyukur apabila mendapat nikmat
Sabar apabila mendapat kesulitan
Tawakal apabila mempunyai rencana/program
Ikhlas dalam segala amal perbuatan
Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan kesulitan
Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
Jangan usil dengan kekayaan orang
Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan
Jangan tamak kepada harta
Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan
Jangan hancur karena kezaliman
Jangan goyah karena fitnah
Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
Jangan campuri harta dengan harta yang haram
Jangan sakiti ayah dan ibu
Jangan usir orang yang meminta-minta
Jangan sakiti anak yatim
Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

Sunday, 10 March 2013

Kesengsaraan hidup


Hidup kita amat senang dan mewah
tiada derita dibumi kerana didera
kelaparan,kesempitan,kesengsaraan
pedih penderitaan, kefakiran dan wabak penyakit.

Bergembiralah
kerana engkau bakal kenyang
bahagia,senang dan sihat
namun
masihkah engkau lena dibuai mimpi-mimpi indah
tatkala
insan lain menderita keperitan

Mereka terlihat saat malam mulai gelap
tubuh longlai tidak berisi
lemah tidak berdaya
melangkah kedepan umpama
laluan berduri

Sedangkan fikiran dan emosi
tidak keruan
dimana
sesuap makanan diminta
dihulurkan tangan yang lemah
meminta sedikit simpati
apakan daya
tangan-tangan keras
dilemparkan kemuka

Inikah suratan
ataukah balasan!
dimana kasih dan harga diri!
engkau bukan dibuai lena
namun engkau tidak meminta
belas ihsan dari mereka

apakan daya engkau
tidak berupaya
namun kasihanilah
berilah sedikit ruang
sesungguhnya
masihkah ada jalan keluar dari derita ini
maka hanya pada DIA
Yang mengharapkan pertolonganNYA
Raja Yang Berlimpah PemberianNYA
Esa Lagi Maha Agong.


Thursday, 7 March 2013

Bahagianya Hidup Dalam Kedamaian



Aku, sebagai remaja yang baru awal melangkah ke rimba dunia yang luas, yang baru belajar mengenal makna semak samun alam, yang baru cuba mencantas dahan-dahan agar membentuk lorong kepada hujung matlamat penciptaan pasti tidak dapat lari daripada terluka dan tercalar dengan hirisan tajam ranting-ranting yang menghalang. Tidak dapat tidak, pasti akan terseliuh kaki akibat terleka memijak tanah rapuh, lantas membuatkan diri ini terduduk sebentar sambil mengerang pedih.

Sungguh. Aku cuma manusia biasa yang tersimpan cita-cita besar. Namun masih bertatih perlahan. Masih tangan meraba memaut dinding sebagai sokongan.

Namun cukup kuatkah Aku? Cukup bersihkah kehidupan aku untuk dijadikan mahar cintaNya?Sudah cukupkah piawaian 'ibadah aku?

Cinta, takut, rindu, sayang, kasih..Semuanya hanya untuk Allah.

Bimbang. Takut. Jika belum selesai itu, maka sia-sia sahaja setiap detik dan nafas aku. Apa nilainya hidup jika hanya hebat di mata manusia tetapi KOSONG dalam nilaian Allah?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar"

Jihad melawan hawa nafsu. Sabar dalam merempuh dunia yang mencabar.


Sungguh. Bersihkan hati ini Ya Allah!
                                                                                 
Benar. Aku perlu serius dalam dua perkara:



1)noktah bidayah yang soheh (titik permulaan yang benar)
2)ru'yatul wadheehah (pandangan yang jelas)

Aku perlu lebih berhati-hati dalam melangkah. Sungguh. Bahagianya hidup dalam iman.. Tenangnya apabila yakin kita punya Sang Maha Mendengar..Indahnya apabila kita percaya kita tidak akan dibiarkan..

Iman sama ertinya dengan kedamaian


Doakan aku teman-teman....

Monday, 4 March 2013

Redha Allah Di Atas Redha Ibu Bapa





             Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan.   Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.                                   


         Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam keatas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.


         Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkan Allah s.w.t. Baginda juga          sebaliknya.  Rasulullah s.a.w bersabda:                                                                                                                                                                                                          



"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha
 kepadanya." (Riwayat Baihaqi)